Mereka berpiket di lokasi padang berkenaan pada pukul 10 pagi dengan mengangkat sepanduk bantahan dan mengumpul batu penanda lot sebagai simbolik bantahan.

Wakil penduduk kampung itu, Che Awang Ismail, 53, berkata penduduk kecewa dengan langkah pihak berkenaan kerana lot seluas kira-kira lebih dua hektar itu adalah padang permainan dan tempat penduduk menjalankan aktiviti sosial sejak 35 tahun lalu.

"Kami menyedari penukaran status tanah itu apabila tiga kumpulan juruukur dari pejabat berkenaan menjalankan proses pecah lot sejak tiga hari lalu.

"Juruukur terlibat memaklumkan tanah berkenaan akan dipecahkan sebanyak 20 lot bagi pembinaan rumah semi-D," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Che Awang berkata, penduduk turut menjemput wakil PTJ untuk memberi taklimat yang lebih tepat sebelum piket diadakan namun tiada pegawai yang hadir.

Beliau berkata, satu memorandum bantahan yang ditandatangani semua penduduk akan dihantar kepada Ketua Jajahan dalam tempoh terdekat. - K! ONLINE