Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6 petang itu, kepala manusia tersebut ditemui orang awam yang melalui lorong belakang premis berkenaan sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. 

Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat dengan lebih lanjut. 

Lokasi kejadian pula mula dipenuhi orang ramai yang mahu melihat kepala tersebut dengan lebih dekat. 

Bagaimanapun, suasana riuh seketika dengan gelak tawa anggota polis dan orang ramai selepas polis mengesahkan ia adalah kepala patung yang dipakaikan rambut menyerupai rambut manusia. 

Sementara itu, jurucakap polis ketika ditemui di tempat kejadian semalam menganggap sebagai tiada kes. - K! ONLINE