Kejadian pukul 6.45 petang itu pada awalnya mengundang panik dalam kalangan orang ramai yang risau kenderaan mereka rosak ditimpa hujan batu sebesar guli.

Seorang penduduk, Ahmad Nazree Sahbudin, 35, berkata, kejadian tersebut berlaku dengan hujan secara tiba-tiba sebelum dikejutkan dengan iringan bunyi kuat apabila ketulan ais menimpa lebih 10 buah kereta yang diletakkan berhampiran.

Menurutnya, dia dan rakan-rakannya menjenguk ke luar dan mendapati hujan turun bersama ketulan kecil berwarna putih.

"Memandangkan ini kali pertama melihat hujan air batu, kami teruja untuk mengutip ketulan ais yang bertaburan di atas jalan dan membeleknya dari dekat.

"Kami nampak hujan air batu jatuh melantun-lantun di atas jalan dan sempat melihat fenomena ini selama kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. – Bernama