Berdasarkan kemas kini Jabatan Meterologi Malaysia (MET) sehingga pukul 5.25 petang ini, jumlah itu menunjukkan tiga kawasan baharu iaitu Klang di Selangor; Rembau dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pendang, Kedah kekal pada tahap dua (tahap gelombang haba) iaitu dengan suhu mencecah antara 37 dan 40 darjah Celcius sejak semalam.

Kawasan disenaraikan pada tahap satu ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor); Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan yang berada pada tahap satu semalam, mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius. - Bernama