"Jumlah pesakit yang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) seramai tujuh orang.

"Hanya tinggal seorang pesakit yang masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding dua pesakit sebelum ini dan dalam keadaan stabil," kata beliau dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sahruddin berkata, sejak 17 Mac hingga pukul 12 tengah hari tadi, 44 pesakit masih dirawat di hospital.

Secara keseluruhan, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim kini stabil namun pemantauan akan tetap diteruskan sehingga 2 April nanti dan data akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. - Bernama