Beliau berkata, insiden terbabit belum sampai ke tahap kritikal sehingga kerajaan perlu mengisytiharkan darurat serta memindahkan penduduk di sekitar kawasan yang terjejas.

“Keadaan ini belum sampai ke tahap itu, sehingga kita perlu isytiharkan darurat, tetapi apa yang perlu ialah pihak yang bertugas bersiap sedia untuk menghadapi masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan keatas mangsa-mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri  Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan tindakan pihak yang berkenaan dalam menangani isu pencemaran ini.

“Melalui taklimat yang diterima sebentar tadi, pelbagai pihak yang ditugaskan menangani isu ini telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

“Walaupun kes sebegini tidak berlaku, kita lihat pihak hospital dapat menanganinya dengan cekap dan berhasil,” katanya. - K! ONLINE.