Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal yang mengesahkan perkara itu berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Pihak JAS diminta untuk menambah beberapa lagi maklumat untuk melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Pendakwaan masih belum dapat dijalankan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dapam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru bagi mengikuti perkembangan kes pendakwaan itu.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin memberitahu kepada media, pemilik kilang terbabit yang merupakan antara tiga suspek yang ditahan baru-baru ini akan didakwa hari ini.

Pertuduhan dijangka dijalankan dibawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM500,000. - K! ONLINE.