Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, namun pemantauan akan dibuat dalam tempoh 15 hari akan datang. 

Katanya, jarak Sungai Kim Kim sejauh 1.5 kilometer yang tercemar sebelum ini juga diisytiharkan selamat. 

"Kerja pembersihan oleh kontraktor dilantik bermula pada 13 Mac lalu dan tamat pada 17 Mac, kini yang tinggal adalah kerja membawa keluar sisa pencemaran ke kilang untuk dilupuskan. 

"Sebanyak 900 tan metrik tanah dan 1,500 tan metrik air yang tercemar telah dibersihkan ekoran pencemaran toksik di sungai ini," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di lokasi utama pencemaran toksik Sungai Kim Kim, di sini sebentar tadi. 

Tambah Bee Yin, bagi meyakinkan masyarakat khususnya penduduk setempat bahawa kawasan ini bebas pencemaran toksik, pihaknya akan membuat pemantauan tanpa memakai peralatan keselamatan. - K! ONLINE.