Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, peruntukan kecemasan itu    untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim sepanjang     1.5 km daripada sisa pencemaran ke hilir sungai. 

"Beberapa kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan segera kerja-kerja     pembersihan ini agar langkah kawalan dapat dilaksanakan. 

"Pusat Arahan Kawalan Keselamatan telah diwujudkan di Dewan Serbaguna     Taman Pasir Putih manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana     Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Johor Bahru terletak di Aras 3, Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau memberitahu, Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd. Ridha dilantik sebagai Pengerusi JPBB Johor untuk menyelaras tugas-tugas pemantauan, kawalan dan keselamatan selama 24 jam. 

Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak untuk bertenang dan mengikuti     perkembangan terkini menerusi sumber rasmi yang disahkan faktanya. - K! ONLINE