Oleh itu, beliau percaya kerja-kerja pembersihan sungai berkenaan ekoran pembuangan sisa kimia dapat dibersihkan sepenuhnya dalam tempoh sehari dua nanti.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang berada dalam tahap terkawal dan tidak berbahaya.

Ia berdasarkan indeks kualiti udara yang berada di bawah paras bahaya setakat pukul 6 petang tadi.

"Bacaan O.17 PPM (bahagian setiap juta) adalah bacaan yang tidak berbahaya kerana masih di paras bawah 2.0 ppm," katanya ketika diminta mengulas mengenai notis bacaan indeks kualiti udara yang ditampal oleh pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang malam ini. - Bernama