Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Dr. Sahruddin Jamal berkata, kesemua murid dikejarkan ke HSI selepas mengalami simptom-simptom kesan terhidu pencemaran.

"Setakat ini kita telah menerima lapan pelajar SK Tanjung Puteri Resort menerima rawatan dan pemantauan di HSI," katanya di sini hari ini.

Dr. Sahruddin berkata, sehingga kini semua murid diarahkan mengosongkan sekolah terbabit sebelum mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang di sini.

Sementara itu, lebih 100 pelajar SK Tanjung Resort dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di pusat penempatan bencana di dewan tersebut.

Jelasnya, sekolah terlibat ditutup buat sementara waktu.

Kosmo! difahamkan jarak kedua-dua sekolah terletak kira-kira 500 meter dari SK Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih. - K! ONLINE