Tinjauan Kosmo! Online pada pukul 8.30 pagi di kawasan sungai terjejas mendapati lebih 20 pekerja pembersihan dan anggota agensi kerajaan berada di sekitar kawasan pembersihan. 

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan secara 24 jam sehari. 

Difahamkan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim semalam telah dibuat melibatkan jarak sejauh 500 meter. 

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian sebelum ini memberitahu jarak sungai yang terjejas dengan pencemaran toksik berkenaan melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 1.5 kilometer. - K! ONLINE