Tinjauan Kosmo! Online di lokasi kejadian mendapati Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar bersama kontraktor yang dipertanggungjwabkan berada di lokasi sejak pukul 9 pagi tadi.

Kira-kira pukul 10 pagi tadi, pasukan terlibat sudah melakukan kerja 'plotting' iaitu kerja-kerja mencari dan menanda tempat yang perlu dibersihkan sepanjang 1.5 kilometer hingga ke hulu sungai.

Difahamkan, kerja-kerja pembersihan dan mengorek sisa toksik itu akan dilakukan pada petang ini membabitkan kira-kira 20 anggota daripada pelbagai agensi.

Kes pencemaran sisa toksik yang berlarutan sejak 7 Mac lalu telah menyebabkan seramai 947 orang awam dan pelajar sekolah dirawat di hospital berhampiran sementara 111 buah sekolah dalam Pasir Gudang ditutup. - K! ONLINE.