Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, JKM Johor sedia bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan untuk memberikan kaunseling kepada pelajar terutamanya murid sekolah rendah.

"Saya rasa kaunseling perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes ini, terutamanya pelajar dari sekolah rendah yang mungkin menghadapi trauma selepas insiden tersebut dan selepas menerima rawatan di medic base atau hospital secara beramai-ramai. 

"Saya berharap sesi kaunseling bagi pelajar-pelajar tersebut dapat membantu mereka dalam proses pemulihan dan juga untuk mengatasi perasaan trauma dalam diri mereka jika ada," katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) hari ini.

Cai Tung berkata, pasukan kaunseling tersiri daripada 35 orang termasuk JKM yang sedia ada adalah 15 orang pegawai psikologi.

Jelasnya, sesi kaunseling ini akan diberikan kepada semua pelajar di sekolah terlibat sehari sebelum sesi persekolahan dibuka semua. - K! ONLINE.