Nur Aisyah, 30, dilaporkan menerima rawatan di zon kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini selepas mengalami simptom seperti kemerahan mata dan batuk-batuk.

Difahamkan, Nur Aisyah kini masih menunggu keputusan ujian darah dan berada dalam keadaan lemah.

Nur Aisyah yang membuat liputan sejak hari pertama insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu sebelum ini pernah menerima rawatan awal di pusat saringan yang terletak di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih.

Terdahulu, beberapa wartawan di negeri ini yang membuat liputan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim turut mengalami simptom sama. - K! ONLINE