Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Johor Bahru, Mohammed Ridha Abdul Kadir berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan kebimbangan mangsa-mangsa pencemaran tersebut.

"Pasukan ini telah mula bertugas di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang sejak semalam.

"Inisiatif dan skop tugasan pasukan ini adalah untuk membantu dari sudut intervensi krisis, kaunseling, bimbingan, psiko pendidikan, program atau aktiviti dan sokongan psikologikal," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, waktu operasi terbahagi kepada dua syif iaitu pukul 8 pagi hingga 3 petang dan 3 petang hingga 10 malam.

Setakat pukul 3 petang tadi, pasukan itu telah memberi bantuan kepada 238 mangsa yang terlibat, kata beliau. - Bernama