Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTEC), Yeo Bee Yin berkata, selain bahan terbabit, terdapat juga tiga bahan kimia lain termasuk Benzene, Toulene, Xylene dan Ethylbenzene.

“Kesemua bahan ini merupakan pelarut organik dan D-Limonene ialah hasil dari proses “pyrolysis” (penguraian) tayar,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, JAS turut memasang pengesan gas dengan ketinggian berbeza  bagi memantau kualiti udara di altitud mengikut ketinggian tertentu.

“Kita telah memasang pengesan gas bagi mengenal pasti kandungan di udara pada altitud yang berbeza, makluman kepada orang ramai akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Bee Yin berkata, pihaknya bakal melakukan pemeriksaan terhadap 252 kilang memproses bahan kimia di sekitar Pasir Gudang bagi menyiasat setiap kilang selepas krisis.

“Kita akan menggerakkan seluruh kekuatan di peringkat nasional bagi memeriksa dan memantau semua kilang yang memproses bahan kimia bagi memastikan perkara seperti itu tidak berlaku lagi,” katanya. - K! ONLINE