Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, beliau mengambil serius engan laporan dan aduan bahawa terdapat beberapa lagi kes yang disyaki kesan pembuangan sisa kimia.

"Sehingga laporan yang lengkap diperolehi daripada JAS, kawasan tersebut hendaklah ditutup sepenuhnya sehingga kerja-kerja pembersihan, kawalan dan penyiasatan telah dijalankan.

"Jika benar pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pembuangan haram, tindakan tegas akan diambil," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Osman, beliau tidak akan membiarkan bencana kimia itu berulang kerana nyawa dan keselamatan rakyat menjadi pertaruhan. - Bernama