Berita palsu itu dimuatnaik oleh seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Sazali Samsudin hari ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz menegaskan bahawa sehingga kini, tiada sebarang kematian rentetan dari kejadian pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru.

"JKNJ ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan pelbagai pihak. 

"Pihak kami menyeru agar masyarakat lebih peka dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib," katanya dalam satu kenyataan.

Salehuddeen berkata, maklumat terkini dari semasa ke semasa berkaitan keadaan dan situasi akan disiarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). - K! ONLINE.