Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, kedua-dua pusat rawatan itu terletak di zon merah iaitu radius 1 kilometer (km) dalam kawasan tercemar ditutup bermula 6 petang semalam.

“Dengan perkembangan itu, kita membuka pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG),” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah MPPG di sini hari ini.

Sahruddin berkata, stadium tersebut terletak di zon hijau iaitu radius lima kilometer daripada kawasan pencemaran.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sahruddin memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai pencemaran air tersebar sehingga ke Sungai Tiram.

Pada masa sama, tambahnya, tiada juga laporan diterima mengatakan bahawa pencemaran itu telah merebak ke Johor Port. - K! ONLINE.