Pengarah JBPM negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, tahap bacaan gas hidrogen sianida terkini berada pada paras selamat iaitu bawah 2.0 partikel per sejuta (PPM) berbanding 4.5 PPM yang dicatatkan di kawasan Tanjung Puteri sejak 7 Mac lalu.

Menurutnya, gas hidrogen sianida ini ada dua iaitu sianida asli yang digunakan dalam senjata kimia untuk peperangan yang mana itu memang berbahaya.

"Sianida yang dikesan dalam udara kawasan terjejas ialah gas terhasil daripada tindak balas daripada sisa bahan kimia.

"Sianida ini pun berbahaya jika kita terdedah dalam tempoh yang lama namun ia tidak seteruk sianida asli yang boleh menyebabkan kematian," katanya di sini hari ini.

Yahaya berkata, selain tugas bomba untuk mengesan pelepasan gas ini dikawasan penduduk pihaknya juga melakukan proses penyahcemaran di tempat pusat saringan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Jelasnya, mangsa akan diberikan proses penyahcemar iaitu dengan memandikan mereka yang mempunyai simptom-simptom radiasi sebelum dirujuk kepada pasukan perubatan.- K! ONLINE.