Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu berkurang berbanding seramai 120 mangsa yang dilaporkan semalam.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai empat orang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Setakat pukul 12 tengah malam semalam, seramai 119 mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) telah dibenarkan pulang.

"Sementara itu, kerja pembersihan berjalan lancar dengan keseluruhan jarak sepanjang 1.5 kilometer (km) sungai yang tercemar sudah dibersihkan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sahruddin berkata, pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan kualiti udara di 42 buah sekolah dalam kawasan radius lima hingga sembilan kilometer dari lokasi bencana. - K! ONLINE