Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, sementara itu dua mangsa masih ditempatkan di dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, sehingga pukul 12 tengah malam semalam, jumlah pesakit yang dibenarkan pulang di kedua-dua hospital terlibat adalah 73 orang.

"Pemantauan kualiti udara dijalankan secara berterusan oleh pasukan pemantau dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) di 42 buah sekolah yang berada dalam kawasan radius pencemaran bagi memastikan keadaan benar-benar stabil.

"Secara keseluruhan, hampir semua sekolah menunjukkan nilai Volatile Organic Compound (VOC) sifar peratus, kecuali Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3, yang menunjukkan bacaan VOC pada kadar lima dan tiga ketika bacaan diambil pada pukul 3 petang, 17 Mac lalu," katanya.

Sahruddin berkata, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan sebaran maklumat melalui media sosial yang belum tentu kesahihannya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 07-2522 143 atau 07-2532 143. - K! ONLINE