Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan bagi kesemua kriteria pengukuran pencapaian jika dibandingkan dengan STPM tahun 2016.

“Bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 menunjukkan pertambahan iaitu seramai 6,408 pada tahun 2017 calon berbanding 6,137 calon pada tahun 2016.

“Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 mencatatkan sedikit penurunan iaitu 565 calon pada tahun 2016 kepada 485 calon pada tahun 2017,” katanya dalam pengumuman keputusan STPM 2017 di Hotel Marriot di sini tadi.

Mohamed Mustafa turut mengumumkan, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor sebagai sekolah terbaik STPM 2017. -K!ONLINE