Beliau berkata, sebaliknya kerajaan sedang memberi keutamaan agar pemberian insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat disalurkan kepada para peneroka, sebelum Aidilfitri ini. 

"Setakat ini tidak ada (duit raya) sebab kita nak salurkan dulu pinjaman sara hidup dan juga pendahuluan hasil kepada peneroka Felda, dan saya baru saja bertemu peneroka Felda minggu lepas, saya nak pastikan semua duit ini disalur sebelum hari raya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Perdana dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Dewan Undangan Negeri  Gombak Setia di sini hari.

Sebelum ini, Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) meminta agar kerajaan menyampaikan duit raya atau bantuan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini kepada peneroka Felda susulan pendapatan peneroka yang tidak stabil mengikut harga komoditi kelapa sawit semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan tidak boleh memberikan sebarang janji kepada peneroka memandangkan keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan nasib dan kebajikan mereka dapat dibela dalam jangka masa panjang. - Bernama