Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, mangsa, Tasnim Nur Qawiy Shamsudin, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di pelbagai anggota badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggangi mangsa dalam perjalanan dari arah Krubong ke Krubong Tampoi.

"Setiba di lampu isyarat merah di persimpangan jalan tersebut, mangsa telah memberhentikan motosikalnya di sebelah treler berkenaan.

"Bagaimanapun apabila lampu isyarat bertukar hijau, treler berkenaan telah membelok ke sebelah kiri lalu menyeret motosikal mangsa dipercayai sehingga ke simpang industri sejauh 50 meter," katanya ketika dihubungi di sini hari.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE