Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusuf berkata, seorang wanita berusia 35 tahun mendakwa ditawarkan tiket berkenaan oleh suspek wanita yang menghubunginya menerusi kiriman pesanan di Facebook Khamis lepas.

Beliau berkata, wanita itu ditawarkan tiket zon kuning berharga RM487 yang dibayar menerusi transaksi pemindahan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek, pada pukul 4.20 petang hari yang sama. 

"Suspek kemudian menghubungi wanita itu untuk memberi nombor pengesahan syarikat penghantaran dan memaklumkan dia perlu membuat bayaran tambahan kerana tiket yang dihantar adalah dua," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, wanita itu mendakwa jumlah kerugian yang dialaminya ialah RM947. - Bernama