Kebanyakan daripada peminat meninggalkan komen berbaur simpati, dan ada juga yang menasihati Sufian supaya meneruskan kehidupan dan berdoa supaya dipertemukan jodoh yang lebih baik.

Pada awal klip video berkenaan, Sufian sempat meluahkan perasaannya menerusi potongan ayat: “Setiap apa yang kita impikan tak semua menjadi kenyataan.

“Hiduplah dalam kebenaran. Kenyataan akan lebih jujur dari penantian,” katanya.

Biarpun ada beberapa babak memperlihatkan seperti kisah sebenar Sufian dan Elfira, namun, terdapat satu penafian yang menyatakan bahawa cerita dan watak dalam klip video berkenaan adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia.

Sejak dilancarkan sekitar pukul 9 pagi tadi, klip video tersebut telah menerima 160,000 tontonan. - K! ONLINE