"Perbuatan ini adalah penghinaan terhadap pendirian sejagat yang menentang penggunaan senjata kimia. Ini menunjukkan sifat Korea Utara yang melulu dan kita tidak boleh bertolak ansur dengan program nuklear mereka dalam apa bentuk sekalipun," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert.

Penemuan itu menjurus kepada satu lagi sekatan ekonomi AS terhadap Pyongyang, ketika rejim itu bersedia untuk mengadakan perbincangan menamatkan krisis nuklear dengan Korea Selatan.

Namun, tindakan menghidupkan semula kontroversi pembunuhan Kim Jong-Nam atau Kim chol tahun lalu, yang disembur dengan agen kimia di muka oleh dua wanita ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), boleh menggugat perbincangan yang mahu dimulakan.

Kim chol pernah dilihat sebagai bakal pewaris bapa mereka Kim Jong-Il, selain beberapa laporan yang mencadangkan bahawa China mungkin mempersiapkan Kim chol untuk menggantikan adiknya sekiranya berlaku krisis.

Nauert berkata, penyiasat AS yang beroperasi di bawah Akta Kawalan Senjata Kimia dan Biologi 1991 dan Akta Penghapusan Peperangan 1991 mendapati pada 22 Februari lalu, Korea Utara harus dipersalahkan atas pembunuhan itu dan racun agen VX digunakan. - AFP