Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata upacara pembukaan rasmi itu yang akan berlangsung di Stadium Perak, malam esok, bakal menggunakan teknologi sama pada dua temasya sukan terbesar tersebut.

"Majlis perasmian ini akan setanding dari segi teknologi yang digunakan pada Sukan Olimpik Rio dan Pyeongchang. Jadi 'Rio dan Pyeongchang' kami bawa ke Perak.

"Penganjur tidak menggunakan sistem tiket untuk majlis perasmian, kami buka kepada semua warga Perak dan pengunjung dari seluruh Malaysia yang ingin menunjukkan semangat kesukanan dan cintakan negara," katanya ketika ditemui di pusat media di Kompleks Pusat Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini hari ini.

Majlis pembukaan itu juga bakal menyaksikan obor berbentuk Keris Taming Sari yang merupakan antara kelainan bakal ditampilkan, katanya. - Bernama