Agensi Berita Arab Syria (SANA) berkata, dua buah bas membawa pemberontak Jaish al-Islam dan keluarga mereka keluar dari bandar Douma dan menuju arah utara ke kawasan yang dikuasai pembangkang.

Pemindahan penduduk dari bandar itu berlaku apabila kerajaan Syria dituduh menggunakan gas toksid di Douma yang dinafikan rejim tersebut.

Serangan tersebut mencetuskan kemarahan dunia apabila beberapa negara mendesak Majlis Keselamatan
Pertubuhan Negara-negara Bersatu segera mengambil tindakan termasuk melakukan siasatan di lokasi kejadian. - AFP