Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran tersebut dilakukan bagi membantu rakyat melakukan persiapan bersempena  Hari Raya Aidiladha  yang dijangka disambut pada 22 Ogos. 

"Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima masing-masing bermula tarikh tersebut. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Katanya sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau email kepada [email protected]

Lim berkata pembayaran tersebut adalah bukti Kerajaan Persekutuan tidak mengalami kebankrapan seperti yang didakwa dan sebaliknya masih mampu memberi BSH walaupun tanpa hasil  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan subsidi petrol sebanyak RM3 bilion telah disediakan sehingga akhir tahun ini untuk menstabilkan harga RON95 dan diesel pada tahap RM2.20 dan RM2.18 seliter walaupun harga minyak antarabangsa telah naik 42 peratus kepada US$74 setong berbanding anggaran US$52 setong sebelum ini. - Bernama