Perkara tersebut dimaklumkan Konsulat Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkaman Sesyen di sini sebentar tadi.

Wakil KBRI, Sabda Tian berkata, keadaan wanita berusia 23 tahun itu kini semakin baik sepanjang tempoh dia berada di bawah perlindungan kedutaan sejak Julai lalu.

"Kini keadaan mangsa semakin pulih dari segi mental dan emosi.

"Dia juga memaklumkan kini bersedia untuk menghadapi proses perbicaraan kes," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tambah Sabda Tian, pihaknya berpuas hati dengan perkembangan siasatan kes tersebut selain merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Menurutnya, kes-kes seumpama ini sememangnya diberi perhatian serius oleh pihak pemerintah Indonesia terutamanya melibatkan pekerja tempatan. 

"Kita telah ikuti kes ini sejak awal dan sudah tentu harapan kita sangat tinggi, namun kita serah segalanya kepada Malaysia untuk mengendalikannya. 

"Kes ini juga mendapat liputan meluas di negara mereka," katanya. 

Katanya, keluarga mangsa pada awalnya juga terkejut dengan kejadian yang menimpa anak perempuan mereka dan akan mengikuti setiap perkembangan kes yang dijalankan. - K! ONLINE