Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Welmince Alunat, 38, sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Berdasarkan pertuduhan, dia melakukan satu kesalahan bunuh ke atas bayinya yang baru dilahirkan di dalam bilik mencuci dan menjemur pakaian di Jalan Cempaka 27, Taman Cempaka di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pukul 7.00 pagi 22 Ogos lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Sangitaa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 November sebagai sebutan semula kes.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah itu hendak melahirkan bayi lelaki tersebut di rumah majikannya itu.

Difahamkan, selepas melahirkan bayi itu, tertuduh kemudian memijak bayi tersebut bagi mengelak bayi itu menangis memandangkan anak majikannya sedang tidur di bilik sebelah.

Dia semakin bertindak kejam apabila tergamak memasukkan mangsa ke dalam baldi dengan keadaan kepalanya dibawah manakala kakinya diatas.

Majikannya yang keluar sarapan pagi kemudian pulang ke rumah setengah jam kemudian sebelum menemui wanita itu terduduk lemah di dalam bilik itu dan membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

Wanita itu bertindak demikian bagi menyembunyikan kelahiran bayi tersebut daripada pengetahuan majikannya. - K! ONLINE