Beliau menegaskan, pembaharuan yang bakal dilaksanakan itu tidak akan menjejaskan misi dan visi RTM sebagai platform menyebarkan maklumat dan berita kepada masyarakat. 

"Saya percaya RTM mempunyai misi dan visi yang jelas dan berterusan. Kementerian akan meneruskan misi dan visi sama seperti kerajaan dahulu dengan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa. 

"Saya tak nampak perkara yang berbeza (dengan kepimpinan dahulu) melainkan penambahbaikan termasuk penggabungan RTM dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)... walaupun perkara ini masih dalam peringkat kajian, saya yakin ini untuk kebaikan kepada rakyat yang merupakan golongan sasar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat dan perjumpaan bersama pengurusan RTM di Angkasapuri hari ini.

Beliau berkata, beberapa pembaharuan lain yang tergendala termasuk isu era digital juga akan diberi perhatian. 

"Banyak perkara mungkin sebelum ini tergendala dan ini yang diusulkan kepada kementerian dan RTM. Kkita akan teliti formula yang sedang difikirkan untuk melakukan pembaharuan," katanya. - Bernama