Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, pemandu yang belum diketahui identitinya ditemui rentung selepas lorinya terbalik lalu terbakar.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku apabila lori yang datang dari arah Gua Musang telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Pemandu treler terbabit tidak sempat mengelak dan kedua-dua kenderaan berat itu bertembung di lokasi kejadian.

"Lori terbabit telah terbalik dan terbakar menyebabkan pemandunya rentung," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

"Pihak polis sedang menjejaki waris mangsa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. - K! ONLINE