Tertuduh, Chin Chee Aun, 47, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Chee Aun didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal pembinaan, di tanah simpanan sungai (tanah kerajaan) di Jalan PK23, Kawasan Perindustrian Krubong pada pukul 1.05 petang, 21 Julai 2017.

Sabit kesalahan tertuduh boleh di didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang boleh dihukum di bawahbSeksyen 71 (8) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Yasser Mohd. Nasri dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 4 Mei ini untuk pengurusan kes dan serahan dokumen. - K! ONLINE