Mangsa, Ng Kok Keat, 36, berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati kereta yang dipandu lelaki terbabit datang dari arah pusat bandar menghala ke Bayan Lepas.

"Sebaik tiba di laluan berkenaan, keretanya itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan terbalik," katanya di sini sebentar tadi. - K! ONLINE