Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, pihaknya bersama Perkeso telah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai tindakan yang akan dikenakan kepada pemandu teksi dan e-hailing yang gagal berbuat demikian.

"Kita dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan tentang mekanisma yang akan dikenakan antaranya sebelum lesen sebagai pemandu teksi atau e-hailing diperbaharui mereka perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mendaftar caruman dengan Perkeso.

"Kita sedang meneliti mekanisma ini dan telah berbincang dengan persatuan teksi dan pemandu e-hailing dan sedang mendapatkan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan sebelum kementerian itu sendiri membuat pengumuman perkara ini,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Perkeso Negeri Perak Tahun 2018 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. - Bernama