Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jelajah PGA, pemain berumur 28 tahun itu ditemui meninggal dunia di hotel penginapannya di Hainan namun bedah siasat terhadap kematiannya masih belum selesai.

"Jelajah PGA dan Persatuan Golf China merakamkan ucapan takziah terhadap kehilangan seorang ahli kita kepada isteri Arie, Marina dan ibu bapanya, Ahmad dan Jeny. Apabila sesuatu berlaku dalam dunia golf, kami semua bersedih," kata kenyataan itu.

Sebagai tanda hormat, penganjur memutuskan untuk membatalkan pusingan akhir Kejuaraan Sanya dengan mengakhiri saingan 54 lubang. - K! ONLINE