Setiausaha Agung Persatuan BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, Ee Wei yang bergandingan dengan Pearly Tan perlu memberikan tumpuan kepada kesihatannya dan kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan hidung baru-baru ini.

"Satu kehilangan besar untuk BAM. Ee Wei merupakan pemain muda yang bagus dan berada dalam prestasi yang baik namun kami menghormati keputusannya. Sekiranya beliau sudah pulih BAM sentiasa menyokongnya untuk kembali ke gelanggang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Pencapaian cemerlang Ee Wei-Pearly ialah apabila muncul naib juara Kejohanan Remaja Dunia di Markham, Kanada tahun lepas. - Bernama