Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, fasa fenomena itu akan bermula pada pukul 7.48 malam sehingga 11.11 malam dengan waktu puncak adalah pada pukul 9.29 malam.

“Umat Islam adalah digalakkan untuk melakukan solat Sunat Gerhana Bulan bersempena dengan fenomena gerhana yang akan berlaku.

“Orang ramai juga disunatkan untuk melakukan solat sunat diantara waktu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor di www.muftiselangor.gov.my. - Bernama