Gempa bumi berukuran 3.4 magnitud yang menggegarkan tapak perlombongan Borynia Zofiowka Jastrzebie  menyebabkan tujuh pelombong terperangkap pada kedalaman 900 meter, 

Dua daripada berjaya ditemui dan pasukan penyelamat berada kira-kira 150 meter dari kedudukan lima mangsa lain,” kata ketua eksekutif pemilik tapak lombong itu, Daniel Ozon.

Terdapat kira-kira 250 orang sedang bekerja di tapak itu ketika kejadian gempa bumi berkenaan berlaku.

Pelombong yang hilang itu merupakan sebahagian daripada 11 orang yang menjalankan kerja-kerja menggerudi sebuah terowong baharu.

Empat daripada mereka berjaya melarikan diri dengan sendiri. - Reuters