Kejadian yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu memperlihatkan wanita terbabit berjalan bersama seorang lelaki dengan hanya memakai baju dan pakaian dalam berkenaan.

Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Joseph, rata-rata orang awam terkejut dengan kelakuan pelancong tersebut.

"Pada ketika itu, saya sedang makan bersama rakan-rakan dan terkejut melihat kehadiran wanita itu

"Pelancong itu pula seperti tidak kisah apabila dirinya menjadi tatapan orang awam di kawasan sekitar," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah, Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu.

"Tiada komen setakat ini, luar bidang kuasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada penghujung Jun lalu, Sabah dikejutkan dengan kejadian dua pelancong wanita China yang berkelakuan tidak sopan dengan beraksi ghairah di tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas.

Akibat tindakan dua pelancong berkenaan, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah ditutup kepada pelancong sebelum dibuka semula pada 1 Ogos lalu. - K! ONLINE