Menurut anak sulungnya, Mimi, arwah bapanya dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas selepas mengalami serangan jantung.

"Namun, akibat kesan ubat yang diberikan doktor, arwah mengalami komplikasi pendarahan dalam otak. Disebabkan itu kami tidak boleh buat apa-apa sebab jika buat pembedahan sekali pun, risikonya sangat tinggi untuk berdepan dengan kematian.

"Akan tetapi, kami sekeluarga tidak sangka arwah ayah pergi juga dalam keadaan mengejut seperti ini. Kali terakhir saya berjumpanya kira-kira dua minggu lalu dan antara yang saya ingat dia ada sebut dia sangat sayangkan anak-anaknya," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Urusan pengurusan jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Nurul Ihsan, Cheras, Selangor dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana kira-kira pukul 11 pagi tadi. - K! ONLINE