Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira kegagalan dua beranak itu hadir ke mahkamah bagi prosiding perbicaraan kes itu.

Wan Ahmad Farid berkata mahkamah juga mengambil kira kesan fitnah yang dilakukan oleh kedua-dua defendan iaitu Hadijah Mohamed Mokhtar dan Nur Shazaleen Anid Mohd. Yusoff  terhadap Maria Farida.

“Kedua-dua defendan telah memuat naik kenyataan yang memfitnah pelakon itu di dalam akaun Instagram milik mereka, yang mana kedua-dua beranak itu mempunyai ramai pengikut (followers) dalam Instagram masing-masing apabila Hadijah mempunyai pengikut seramai 17,300 manakala Nur Shazaleen sebanyak 13,100” katanya. - K! ONLINE