Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. - K! ONLINE