Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd. Shukri yang merupakan pelajar Tahun 3 jurusan Syariah Islamiah di universiti itu menghembus nafas terakhir di Hospital Safarat, Hayyu Sabi'e, Kaherah, Mesir.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim ketika dihubungi Bernama berkata, jenazah pelajar berusia 24 tahun itu selamat dikebumikan sebelum Maghrib waktu Mesir semalam.

"Mengikut perancangan asal, saya akan menemani ibu bapa Mohd. Fahmi untuk menziarahinya di Mesir pada pagi esok memandangkan hanya itu sahaja tiket paling awal yang wujud.

"Namun, Allah lebih menyayanginya dan hajat ibu bapanya untuk bertemu kali terakhir tidak kesampaian. Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya. - Bernama