Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, keputusan itu dilakukan selepas mendapat pelbagai maklum balas dan keluhan daripada ibu bapa berkaitannya.

"Mulai tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan memakai kasut berwarna hitam.

"Langkah itu akan memudahkan para ibu bapa secara keseluruhannya (dalam penjagaan kasut anak-anak mereka)," katanya dalam program bicara minda bersama beliau anjuran Sinar Harian di kompleks karangkraf di sini hari ini. -K! ONLINE