Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Asyraf Mohd. Yusoff berkata, mangsa, Muhammad Amar Mazeni, 13, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kita pukul 5.20 pagi tadi.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari laokasi kehilangannya. Pihak bomba menggunakan teknik open searching (pencarian terbuka bagi mengesan mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Enche Besar Hajah Kalsom, Kluang untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan keseronokan lapan pelajar dari sekolah tahfiz Assidiq Ghufran bermandi sungai bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka dihanyutkan arus deras petang semalam.

Menurutnya, usaha mengesan seorang lagi mangsa, Mohd. Danish Mirzan Mohamad Said, 16, masih lagi sedang giat dijalankan. K! ONLINE.